3 Konsert, 1 Festival Hiburan Malam Minggu

Aktiviti malam minggu pasti lebih meriah dengan acara hiburan. Jika terfikir nak ke mana malam ini apa kata kita berhibur dengan tiga persembahan konsert malam ini atau duduk depan televisyen menyaksikan acara Festival Filem Malaysia disiarkan secara langsung.

1. Konsert Dua Dekad Slam Kembali Terjalin Bersama DMS

image

Band popular yang ditubuhkan sejak 14 Julai 1996 ini akan mengadakan konsert mereka di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor jam 8.30 malam ini. Persembahan kali ini adalah meraikan ulang tahun Slam selama dua dekad dalam industri muzik tempatan. Sebanyak 24 lagu akan dipersembahkan.

2. Konsert XPDC – Selendang Merdeka

image

Peminat rock di era 90-an pastinya mengakui band XPDC adalah kumpulan rock popular dan berpengaruh. Lagu popular mereka seperi C.I.N.T.A, Hentian Ini, Titian Perjalanan dan Hijau Bumi Tuhan terus segar dalam ingatan peminat mereka. XPDC akan mengadakan konsert mereka di Versus The Club, Quill City Mall, Kuala Lumpur jam 10.30 malam ini.

3. Konsert AFGAN “SIDES” Live in Malaysia 2016

image

Kemunculan penyanyi popular Indonesia, Afgansyah Reza atau Afgan ke sini sentiasa dinantikan ramai peminatnya. Kali ini dia kembali dengan persembahan AFGAN “SIDES” Live in Malaysia 2016 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur jam 8 malam ini. Kunjungan Afgan kali ini juga mempromosikan album terbarunya, Sides.

4. Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) 

image

Acara anugerah tahunan Festival Filem Malaysia kembali diadakan pada tahun ini sebagai pengiktirafan kepada karya dan sumbangan penggiat seni perfileman tanah air kepada industri filem. Tahun ini, anugerah Filem Terbaik Nasional diperkenalkan menjadi anugerah utama Kebangsaan kepada filem terbaik yang dihasilkan rakyat Malaysia menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan filem selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa Kebangsaan dalam Perlembangaan Malaysia. Acara ini akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan Ria HD jam 9 malam ini.

– Kafebuzz.my

(Foto: afganshah.reza – Instagram dan Finas Malaysia – Facebook)

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*