Last Updated: 15/07/2019 - 5:44 PM

Siapa Harus Dipersalahkan Apabila Penyanyi Tidak Dibenarkan Nyanyi Lagu Sendiri?

Apa persepsi peminat apabila menyaksikan penyanyi kegemaran mereka tidak menyanyikan lagu sendiri tetapi hanya bergantung pada lagu orang lain di atas pentas. Sudah tentu, ia menimbulkan persoalan sama ada penyanyi itu mempunyai sesuatu masalah dengan penganjur atau sebaliknya.

Kejadian sebegitu sebenarnya memang berlaku baru-baru ini membabitkan empat artis tempatan yang didakwa tidak dibenarkan penganjur menyanyikan lagu hits mereka sebaliknya diminta memilih dua lagu nasyid.

Merujuk pendedahan seorang pengurus artis memberitahu kejadian itu berlaku terhadap penyanyi Ezad Lazim, Hazami, kumpulan Forteen dan Sufian Suhaimi ketika mahu membuat persembahan di Kota Bharu, Kelantan. Apa yang lebih mengejutkan, dia juga menyatakan Ameng Spring khabarnya langsung tidak dibenarkan naik ke pentas.

image

Namun, pengurus artis itu memberitahu dia tidak menyalahkan pihak penganjur yang menyediakan kemudahan untuk artis tetapi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab dalam penganjuran acara itu.

Nampaknya, jika kejadian sebegini terus berulang di sana mahupun di mana-mana tempat nescaya ia menjejaskan periuk nasi artis itu sendiri. Malah, apa yang lebih membimbangkan imej artis itu tercalar dan dipandang negatif peminat.

Mungkin persatuan hiburan yang sedia ada boleh membawakan isu ini ke tengah untuk diselesaikan dengan cara berhemah. Mungkin penganjur atau PBT kurang faham konsep persembahan seseorang artis itu berbeza atau buat-buat tak faham.

image

– Kafebuzz.my

(Foto: kafebuzz.my, hazamiofficial & official.forteen – Instagram)

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino