21/01/2021

30 Menu Hanya RM19.90

1 min read

Sepanjang Ramadan, lokasi berbuka khusus di hotel menjadi pilihan ramai.

Bagi mereka yang berkemampuan, harga berbuka sehingga RM100 seorang tidak menjadi masalah tetapi mereka yang berpendapatan sederhana, faktor kewangan untuk berbuka di luar perlu diberi keutamaan.

Sebagai satu pilihan, mereka yang mencari lokasi berbuka bajet boleh mencuba sajian yang disediakan chef selebriti terkenal, Chef Yang Jamil yang menawarkan bufet berbuka pada harga RM19.90.

Menerusi statusnya di Facebook, dia menyatakan tetamu berpeluang merasai 30 jenis menu.

Sambil menjamu selera, lebih menarik setiap 50 sen daripada bayaran bufet tersebut akan didermakan kepada rumah anak yatim.

Lokasi bufet ini di Dewan Sri Iskandar, Setiawangsa, Kuala Lumpur dan mereka yang berminat untuk datang boleh menghubungi Chef Yang Jamil di talian, 0111-8592726.

image image image image image

– Kafebuzz.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *