Last Updated: 27/05/2020 - 1:51 AM

Gaya ‘Streetwear’ The Duke Barber & Clothing

Bisnes kedai gunting rambut terus meraih sambutan menggalakkan apabila ketika ini menampilkan konsep berbeza yang lebih moden dan memenuhi citarasa pelanggan yang mahukan gaya terkini.

Bagi mereka yang mencari kedai gunting rambut yang sesuai boleh cuba datang ke The Duke Barber & Clothing di No.17A, Jalan SS6/12, Kelana Jaya, Selangor.

Perasmian kedai ini disempurnakan Timbalan Pengerusi Biro Sosial Etika yang juga Timbalan Pengerusi Biro Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Gulam Muzaffar Gulam Mustakim, baru-baru ini.

Pada majlis itu,  tukang gunting dan pendandan rambut dari seluruh negara turut bersaing dalam Kejohanan Barber Battle yang mempamerkan bakat dan kualiti produk fesyen tempatan dengan gaya ‘streetwear’ seiring dengan jenama luar negara.

The Duke Barber & Clothing menyediakan khidmat dandanan rambut yang menitikberatkan kualiti dan ketelitian kepada pelanggan.

Ia juga menyediakan platform atas talian dan luar talian kepada usahawan fesyen tempatan untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Bagi platform atas talian iaitu www.theduke.my, ia merupakan portal dagangan (e-commerce) yang menjual pelbagai barangan dan jenama fesyen tempatan yang mana pembelian barangan boleh dilakukan dengan ciri-ciri utama seperti senarai barangan dapat ditambah atau dikurangkan dalam bakul belian, jenis-jenis kategori produk lebih terperinci, carian terus berpandukan harga, jenis produk atau jenama, gambar barangan lebih jelas dengan kualiti resolusi tinggi, pembayaran atas talian dan banyak lagi.

Bagi platform luar talian, kami menyediakan ruang sewaan kepada usahawan fesyen gaya ‘steetwear’ tempatan dan juga menjual barangan tersebut menerusi acara fesyen yang disertai di seluruh Malaysia.

Pengarah Projek, Faizul Amirul berkata,  The Duke Barber & Clothing mempunyai lebih daripada 35 label fesyen gaya ‘streetwear’ tempatan merangkumi kategori untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak.

“Kami berharap dengan pelancaran kedai butik gaya ‘streetwear’ jenama tempatan dan kedai gunting rambut gaya terkini, ia dapat memberi impak dan kesedaran kepada generasi muda untuk terus menyokong industri tempatan sekaligus membantu usahawan fesyen tempatan meluaskan lagi perniagaan mereka,” katanya.

image image image image image

 

 

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino