5 Sebab Keena Mentor Terus Popular!

Mungkin tidak ramai yang tahu penyanyi popular Keena Mentor mempunyai 5 sebab dia berada di puncak populariti ketika ini.

Pertama, protege Awie ini seorang yang cukup peramah dan tidak sombong ketika bertemu peminat di mana saja. Ia nampak mudah apabila seorang selebriti melayan peminat tetapi bolehkah artis itu melayan kerenah peminat yang mahu bergambar jika dia sedang makan atau membeli belah.

Sebelum ini, Keena berkesempatan ke beberapa destinasi di Sarawak selama sebulan tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan penduduk setempat yang turut mengenalinya.

Kedua, Keena sebenarnya lebih popular sebagai pelakon kerana mendapat pelbagai tawaran berlakon telefilem, drama bersiri dan filem. Tanpa terlalu memilih watak dan karakter yang diberikan, Keena sentiasa berusaha mengasah bakat seninya untuk menjadi selebriti serba boleh.

Ketiga, Keena mengambil pendekatan membalas komen peminat di media sosial. Ketika ini, dia mempunyai 14,800 pengikut di Instagram manakala lebih 3,000 rakan dan peminat menerusi Facebook.

Keempat, Keena mempunyai kelab peminat, Keena Mentor Fans Club (KMFC) yang ditubuhkan sejak setahun lalu. Menariknya, dia sentiasa berhubung dengan ahli kelab untuk mengadakan aktiviti riadah bersama seperti perjumpaan dan makan bersama.

Kelima, pada usia 29 tahun, dia berbangga mempunyai produk minyak wangi jenamanya sendiri iaitu, K.A.W BY KEENA merujuk singkatan namanya, Keena Abdul Wahab.

image

Keena berkata, impian mempunyai produk minyak wangi ini menjadi peluang keemasan yang ditunggu sepanjang bergelar anak seni selama 11 tahun.

“Keena tahu bukan mudah untuk seorang artis mempunyai produk jenama sendiri meskipun sudah bertahun-tahun terbabit dalam bidang seni atau menang banyak anugerah.

“Wujudnya produk jenama sendiri bukan bermakna artis itu sudah terlalu bagus tetapi ini sebenarnya satu kepuasan pada diri sendiri dalam menghasilkan sesuatu yang baru untuk membantu karier seni,” katanya.

Bagi Keena, produk ini lebih penting dan bermakna untuk peminat yang banyak menyokong karier seninya.

“Apabila menceburi bidang perniagaan, apa yang terdetik di fikiran saya adalah bagaimana saya boleh membantu peminat menerusi produk ini.

“Jadi, saya mahu membuka ruang bisnes pada peminat dan sesiapa saja untuk menjadi agen atau stokis produk ini untuk dijual di mana saja.

“Apa yang menarik ingin dikongsi mengenai kelebihan produk ini adalah ia boleh digunakan sama ada lelaki dan wanita tanpa rasa ragu-ragu

“Sebaliknya, ia adalah campuran 7 jenis bunga istimewa yang dihasilkan untuk tempoh 6 bulan ketika di peringkat awal kajian produk ini,” katanya.

Dalam pada itu, penerima Anugerah Wanita Cemerlang pada majlis Anugerah Hari Wanita Antarabangsa anjuran Pertubuhan Kebajikan, Sosial dan Ekonomi Wanita Malaysia pada Mac lalu ini juga berharap produknya ini mendapat sambutan positif dalam kalangan peminat dan pengguna.

image image image image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*