Pret A Porter Hab Fesyen Setempat

Kegilaan penggemar fesyen memang tiada penghujung.

Meskipun pelbagai jenama dan rekaan terbaru diperkenalkan, sambutan tetap menggalakkan dalam kalangan pembeli.

Memberi satu lagi tarikan pada pengunjung, butik Pret A’Porter kini dibuka pada pengunjung sejak 7 Mei lalu yang mengambil lokasi di Lot F-12, G Village, Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Pret A Porter merujuk bahasa Perancis membawa maksud ‘ready to wear’ atau pakaian siap dipakai menjadi platform membeli belah setempat.

Menariknya, butik ini menjual pelbagai jenama fesyen dari dalam dan luar negara seperti  Rubaq, Syomir Izwa Gupta, Fairuz Ramdan, Commidity, Benua Clothing, Altelia Amani, Ridz Bohari, Ezzati Amira, Jimmy Lim, Bianco Mimosa, Wanpa Official, Locka RTW dan banyak lagi.

Lebih mengujakan, dua jenama fesyen antarabangsa buat pertama kalinya menembusi pasaran di sini iaitu Haute Hijab dan Modesto dari Montreal, Kanada.

Haute Hijab dimiliki penulis blog fesyen terkenal, Melanie Elturk berpusat di Amerika Syarikat manakala Modesto menyaksikan kehadiran penulis blog fesyennya, Saufeeya B. Goodson atau Feeya.

image image
– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*