Chef Yang Jamil Duta Hot Catering

Lebih dikenali sebagai chef selebriti, kehebatan Chef Yang Jamil dalam bidang masakan bukan saja popular dalam kalangan rakan artis tetapi menjadi pilihan ramai.

Sempena menyambut kedatangan Ramadan tidak lama lagi, Chef Yang Jamil dilantik sebagai Duta Hot Catering.

Menariknya, Chef Yang Jamil diberi peluang untuk menyediakan 60 juadah berbuka puasa di The Club @ Bukit Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Pelantikan Chef Yang Jamil sebagai duta dan memorandum persefahaman (MoU) antara Hot Catering dengan The Club @ Bukit Utama diadakan semalam yang dirasmikan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

image

Bagi harga promosi untuk tempahan dari 16 sehingga 31 Mei ini iaitu pembayaran untuk 9 tempahan akan mendapat 1 tempahan percuma pada harga RM55.

Setiap tempahan berharga RM55 untuk dewasa manakala kanak-kanak, RM30.

Bermula 1 Jun nanti, harga RM69 (dewasa) dan RM39 (kanak-kanak). Pengguna One Card pula berpeluang mendapat diskaun sebanyak 20 peratus.

Promosi istimewa untuk syarikat korporat adalah RM2,500 untuk tajaan 50 anak yatim termasuk kos pengangkutan.

Selain promosi Bufet Ramadan, Hot Catering juga akan menaja 20 pasangan mempelai bertuah┬ámenerusi pakej ‘The Malay Wedding Exclusive’.

Penyertaan terbuka kepada mana-mana pasangan yang ingin berkahwin tetapi dengan syarat hanya perkahwinan pertama sahaja.

Peluang keemasan ini terbuka bermula 15 Mei sehingga 1 Julai ini dan maklumat lanjut boleh layari www.hotcatering2u.com.

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Chef Yang Jamil di talian 0111-8592726, Khairul (013-3660396), Eddy (013-3562008), Azhani (017-2982503), Dhirar (013-6391071) atau Ain (017-3790654).

image

– Kafebuzz.my

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*