Feeya Raikan Hari Bahagia

Menempuh fasa baru dalam hidup sebagai suami isteri sememangnya menjadi kenangan terindah sepanjang hayat.

Begitu juga, pengalaman bergelar raja dan ratu sehari dirasai penyampai radio popular, Feeya Iskandar apabila sudah bergelar isteri.

Semalam menjadi hari penting buat Feeya atau nama glamor dalam konti Sinar FM, Cik Piah bersama suami meraikan majlis persandingan mereka yang diadakan di Hotel Crystal Crown, Pelabuhan Klang.

Tampil dengan persalinan warna krim, Cik Piah kelihatan anggun bertudung bersama gaun kembang pengantin.

Apapun, populariti Cik Piah terus melonjak bersama Sinar FM atas sokongan peminat. Moga Cik Piah bersama suami, Rashid bahagia sehingga ke akhir hayat.

image image image image image image image image

– Kafebuzz.my

(Foto: Feeya Iskandar – Facebook)

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*