Kancil Larikan Pembantu Rumah Pengarah Filem Terkenal

Seorang pembantu rumah warga Filipina yang bekerja dengan pengarah filem terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dipercayai dibawa lari.

Kejadian itu dinyatakan pengarah itu menerusi laman sosial di Instagram dan Twitternya sejak kelmarin.

Idham juga menyebarkan nombor plat pendaftaran sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang didakwa melarikan pembantu rumahnya.

Susulan pendedahan itu, Idham meminta orang ramai membantu dengan menghubungi polis jika ternampak pembantu rumahnya atau kereta suspek.

image image

– Kafebuzz.my

(Foto: kereta Perodua Kancil – gambar hiasan)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*