Last Updated: 05/07/2020 - 3:34 PM

Keena Disenangi Peminat Sarawak

Mendekati peminat menerusi aktiviti turun padang khususnya membabitkan penduduk di kawasan pendalaman sememangnya memberikan suatu pengalaman menarik untuk diraih.

Perasaan itu dilalui sendiri penyanyi yang juga pelakon popular, Keena yang berpeluang berkunjung ke pelbagai destinasi di Sarawak untuk membuat persembahan pentas.

Apa yang menarik perhatian, Keena menyatakan sambutan yang diterima daripada penduduk setempat cukup menggalakkan apatah lagi kunjungannya selama sebulan kali ini dimeriahkan dengan gandingan rakan artis lain seperti Datuk Hattan dan Nash Lefthanded.

Dalam status terbaru di Facebook hari ini, Keena berkongsi foto kenangan bersama peminat Spaoh, Sarawak yang begitu mesra melayan kehadirannya bersama artis lain.

Bagi peminat yang tidak mengenali Keena sebenarnya penyanyi program realiti Mentor ini seorang yang peramah dan tidak lokek senyuman ketika disapa sesiapa saja.

Sikap positif Keena ini disenangi ramai peminat dan diharap menjadi contoh pada artis baru lain.

image

image image

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino