Last Updated: 05/07/2020 - 3:34 PM

Tahniah PENULIS & Universiti Limkokwing

Pengiktirafan penggiat seni mengikut bidang kerja masing-masing amat penting dalam meningkatkan tahap profesionalisme agar lebih stabil dan terjamin pada masa akan datang.

Menyedari kepentingan itu, Persatuan Penulis Lakon Layar Kuala Lumpur dan Selangor (PENULIS) terus aktif menjalankan peranan mereka sebagai persatuan yang membela kebajikan penulis skrip yang menjadi ahli mereka.

Sebagai satu langkah positif ke arah mewujudkan golongan penggiat seni profesional yang mempunyai standard tersendiri, PENULIS menjalinkan kerjasama dengan Universiti Limkokwing dalam memberikan taraf pensijilan kepada ahli mereka.

Menerusi status Presiden PENULIS, Alfie Palermo di Facebook, mereka akan bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Limkokwing dan Kementerian Sumber Manusia dalam mewujudkan prosedur standard (S.O.P) untuk  pentauliahan penulis skrin.

“Ia selaras dengan usaha mewujudkan skala gaji minima untuk semua pekerja di Malaysia menjelang tahun 2020,” katanya.

image image image image

– Kafebuz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino