Last Updated: 21/02/2020 - 6:35 PM

Kongsi ‘Rahsia’ Kejayaan Munafik

Menimba ilmu memang tiada nokhtah. Begitu juga, mereka yang mempunyai ilmu ada baiknya berkongsi dengan orang lain.

Bagi mereka yang meminati bidang pengarahan dan penulisan skrip, anda dipelawa menyertai satu acara, Sesi Perkongsian Ilmu Pengarahan anjuran Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Pastinya, kemunculan pengarah muda berbakat besar, Syamsul Yusof dalam sesi khas ini akan menarik perhatian ramai penggiat seni mahupun peminat untuk mengetahui lebih lanjut ‘rahsia’ kejayaannya meraih kutipan RM19 juta menerusi filem Munafik baru-baru ini.

Acara akan diadakan di Pawagam Mini P Ramlee, FINAS, Hulu Klang, Selangor pada 7 Mei ini bermula jam 2 petang.

Bagi ahli FDAM yang aktif, penyertaan percuma manakala ahli persatuan perfileman lain perlu membayar RM10, pelajar  (RM10) dan orang awam (RM50).

Orang awam yang ingin turut serta acara ini nanti boleh menghubungi pejabat FDAM di talian 03-41074525.

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino