Last Updated: 20/08/2017 - 4:51 PM

Paul Walker Teruja Pandu Nissan GT-R

Satu rakaman video yang belum pernah dipertontonkan pada khalayak menampilkan aktor popular Hollywood, Paul Walker menguji kereta Nissan GT-R kini boleh disaksikan menerusi YouTube.

Dalam video itu menunjukkan hero filem francais, Fast & Furious itu melawat sebuah kedai kereta Nissan GT-R, Mine’s Motor Sports di Jepun.

Walker yang menguji jentera modifikasi GT-R R35 kelihatan begitu teruja membawa kereta yang mempunyai kelajuan 600 kuasa kuda itu.

GTChannel mengumumkan segala sumbangan yang diterima menerusi video itu akan disalurkan kepada Yayasan Paul Walker.

image

Pendukung watak Brian O’Connor meminati Nissan Skyline GT-R dan sering menggunakan kereta berkenaan dalam filemnya sebelum ini.

Video tersebut dipertontonkan sehari sebelum anak perempuan aktor itu menerima pampasan $10.1 juta.

Mahkamah memutuskan dalam kemalangan itu, pemandu kereta yang dinaiki Walker, Roger Rodas didapati terbabit menyebabkan kemalangan tragis itu.

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino