Last Updated: 13/08/2020 - 5:33 PM

Papa Rock & Sifu Singgah UUM

Gandingan dua nama besar dalam industri muzik tempatan, Datuk Ramli Sarip bersama Datuk M Nasir berkongsi pentas pastinya membuatkan kedua peminat mereka teruja menonton.

Menerusi persembahan jelajah, Ramli Sarip & M Nasir University Tour 2016, ia menjadi peluang terbaik buat peminat berhibur lebih dekat bersama dua penghibur tersohor itu.

Selepas lokasi pertama di MITC, Melaka pada 27 Februari lalu, mereka kembali ke lokasi seterusnya di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah pada 8 Mei nanti.

Acara di lokasi kali ini dianjurkan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), UUM dengan kerjasama Rasamusic Sdn Bhd bermatlamat mewujudkan integrasi antara warga akademik, pelajar dan pihak industri.

Lebih manis, sifu M Nasir sendiri pernah menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang industri kreatif dari UUM.

“Ia bukan suatu hiburan biasa pada kami dan mahu ia menjadi kenangan manis buat semua peminat yang hadir.

“Pelajar sekarang sangat beruntung untuk dapatkan kami berdua datang ke sana mengadakan persembahan,” kata Ramli atau popular dipanggil Papa Rock pada sidang media acara itu di Kuala Lumpur, hari ini.

Peminat yang ingin menonton konsert ini, tiket beharga RM20, RM60 dan RM150 boleh dibeli dengan menghubungi talian 018-7912529 (Shamsul).

image

image

image

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino