3 Dekad Bersama Noraniza

Sudah agak lama peminat muzik tradisional Melayu tidak menyaksikan persembahan pentas genre berkenaan.

Bagi peminat, kehebatan penyanyi asli, Noraniza Idris memang tiada tandingan.

Meneruskan perjuangan dalam irama tradisional, Noraniza kembali mengadakan satu persembahan istimewa buat peminat dikenali Lentera Muzik Noraniza Idris Masyhur 30 Tahun.

Persembahan akan diadakan di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 5 April ini jam 8 malam.

Noraniza dijangka menghiburkan penonton dengan lagu-lagunya yang pernah popular sejak 3 dekad termasuk lagu terbaru yang dihasilkan bersama dua penyanyi yang juga komposer baru muda berbakat iaitu Ihab Ismail dan L’zzay.

image

image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*