Najib Jumpa Superman Sibu

Penangan filem blockbuster Hollywood, Batman v Superman: Dawn of Justice yang kini hangat ditayangkan di pawagam bukan saja menjadi filem ditunggu ramai peminat kedua adiwira itu tetapi ia juga menjadi sebutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Merujuk statusnya di Facebook pada malam tadi, beliau secara berseloroh mengatakan berjumpa Superman visi mini sambil mengaitkan filem berkenaan.

Najib memuat naik gambarnya bersama seorang kanak-kanak yang memakai baju T Superman ketika mengadakan lawatan diĀ Rejimen Renjer Diraja Kem Oya Sibu.

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*