Last Updated: 30/05/2020 - 2:23 AM

‘Busking’ Bantu Si Cilik

Sekeping foto menunjukkan seorang gadis Thailand berpakaian sekolah menyanyi sambil ditemani seorang pemuzik yang juga pelancong asing di atas jambatan sungai Kwai, Kanchanaburi, menarik perhatian ramai.

Foto yang menjadi viral di media sosial itu turut mendapat beribu komen positif.

Menariknya, gadis itu menyanyi bersama satu tabung derma ditulis ‘derma pendidikan’ manakala seorang pelancong lelaki bermain gitar secara akustik.

Status yang dikongsi pengguna Facebook, Mai Hirunwat seperti dilaporkan Bangkok Post memuji sikap pelancong asing itu yang membantu kumpul wang secara ‘busking’ untuk menampung kos pelajaran si cilik itu.

image

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino