Mr Os Kimoterapi 33 Kali

Melihat wajah Mr Os, ia spontan mengingatkan penonton terhadap lakonan dan aksi komedinya menerusi filem popularnya seperti Mr Os, Kembar Siam dan Awang Spanar.

Namun, di sebalik populariti itu pelakon komedi veteran ini lebih banyak berdakwah pada usia emas.

Menerusi perkongsian seorang penceramah bebas, Ustaz Hanafi di Facebooknya hari ini bercerita keadaan sebenar Mr Os atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Abdul Hamid.

Khabarnya, selebriti veteran berusia 55 tahun itu sudah melalui proses kimoterapi sebanyak 33 kali termasuk melalui beberapa pembedahan.

Kimoterapi adalah proses rawatan membunuh sel kanser.

Bagaimanapun, dia kini menjadi Duta Zakat Perak masih berdakwah dan sempat menyatakan hasrat mahu mati syahid.

Pada Mac tahun lalu, Mr Os pernah dirawat di Hospital Selayang selama lapan hari selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan tonsil dan pada masa itu dia juga menjadi mangsa fitnah di laman sosial mengenai berita kematiannya.

image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*