Zizan & Elizabeth Tan Tampil Bersama

Impak pelakon komedi popular, Zizan Razak masih kuat pada peminat apatah dia kini menjadi duta pusat membeli belah atas talian, 11street.

Menariknya, pemilihan Zizan juga disertai penyanyi berbakat besar, Elizabeth Tan.

Ketua Pegawai Eksekutif, 11street, Hoseok Kim berkata, ia adalah penting menggandingkan dua artis muda ini agar terus berinteraksi dengan pelanggan dan komuniti.

“Zizan dan Elizabeth berkongsi kualiti ini dan kami berbangga untuk memperkenalkan jenama kami pada tahun 2016,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menariknya, kedua selebriti popular ini akan membuat penampilan pertama mereka dalam acara Sambutan Ulangtahun Pertama 11street di pusat membeli belah, NU Sentral, Kuala Lumpur pada 11 April depan dari jam 11 pagi sehingga 7.30 malam.

Membawa tema ’11street’s Shocking Deals Come to Life’!, orang ramai dijemput menyertai karnival ini yang menyediakan pelbagai aktiviti permainan, cenderamata dan kupon.

Dua selebriti lain iaitu Intan Ladyana dan Atikah Suhaime dijangka memeriahkan acara ini.

11street turut berkolaborasi dengan Xpax iaitu jenama di bawah Celcom Axiata
Berhad untuk acara ini manakala promosi bermula 1 sehingga 11 April nanti akan memberikan kupon diskaun pada pelanggan setia.

image

– Kafebuzz.my

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*