Kutip RM14 Juta

Filem animasi pertama terbitan Animonsta Studios, BoBoiBoy: The Movie berjaya mencatat kutipan sebanyak RM14 juta sejak ditayangkan pada 3 Mac lalu.

Pengarahnya, Nizam Razak berkata, filem yang diadaptasi daripada program bersiri TV ini bukan saja menjadi fenomena pada penonton kanak-kanak tetapi memberi fokus sebagai hiburan keluarga.

“Fenomenanya lain bukan saja berhibur tapi masa bersama keluarga. Ibu bapa juga boleh bersembang dengan anak-anak selepas menonton filem ini,” katanya menerusi program Malaysia Hari Ini yang disiarkan secara langsung di TV3, pagi tadi.

Menurutnya, proses penceritaan filem ini dibuat dengan teliti yang mengambil masa setahun dan 2 hari sebelum disiapkan masih ada perubahan pada skrip.

“Apa yang penting, komedinya tidak boleh separuh masak dan kami mahu semua penonton tidak kira kanak-kanak dan ibu bapa terhibur memberikan cabaran,” katanya.

Nizam sebelum ini menyasarkan filem ini mampu mencatat kutipan RM20 juta termasuk akan memasuki pasaran sinema Indonesia pada 13 April nanti sebelum Singapura dan Brunei.

image image image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*