Last Updated: 10/07/2020 - 12:33 AM

Langit Biru Semarak Patriotisme

Bernama Radio hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Biro Tatanegara (BTN) bagi menjayakan program bual bicara ‘Langit Biru’ terbitan stesen radio itu, yang dahulunya dikenali sebagai Bernama Radio24.

Program 13 episod itu merupakan usaha BTN untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

‘Langit Biru’ yang bersiaran setiap Selasa pada pukul 6.15 petang hingga 7 malam itu merupakan satu daripada program penjenamaan semula BTN yang diwujudkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sejak 1981.

Ketua Pegawai Operasi, Bernama Radio, Azlan Idris berkata, program selama 45 minit itu akan menyentuh pelbagai isu yang menjurus kepada penerapan nilai-nilai murni bangsa Malaysia dan semangat cintakan negara.

“Ia akan dipaparkan kepada audiens melalui perbincangan dua hala antara tetamu dengan pendengar,” katanya.

– Bernama

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino