Buat Aduan Pakai WhatsApp

Pelbagai isu dan masalah membabitkan telekomunikasi berlaku pada masa kini.

Sebagaimana teknologi telefon bimbit semakin maju menjadi telefon pintar, isu dan masalah dalam kalangan pengguna juga bertambah.

Dalam mengatasi isu ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengaktifkan saluran aduan baru menerusi aplikasi ‘WhatsApp’.

Merujuk maklumat agensi itu di Facebook hari ini, orang ramai boleh membuat aduan mengenai sebarang isu berkaitan telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan Internet, perkhidmatan pos dan perjudian dalam talian.

Nombor aduan berkenaan adalah 016-2206262 dan perakuan penerimaan aduan akan diterima pengadu dalam tempoh 24 jam.

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*