[Eksklusif] Munafik Atasi Polis Evo

Kurang 2 hari sebelum cukup tempoh sebulan tayangan di pawagam, filem Munafik arahan Syamsul Yusof berjaya mencatat kutipan sebanyak RM17 juta sehingga semalam.

Produser Skop Production, Datuk Yusof Haslam berkata, pencapaian memberangsangkan daripada peminat filem seram kali ini adalah suatu yang berlaku di luar jangkaan meskipun filem tempatan mahupun antarabangsa berdepan risiko dan cabaran besar pada masa kini.

“Kutipan di Malaysia saja mencecah RM15.5 juta manakala di Singapura mencatatkan kutipan S$440,000 dan Brunei, RM300,000.

“Jumlah ini mengatasi kutipan filem Polis Evo yang mengambil masa 60 hari untuk mencapai kutipan RM17.45 juta,” katanya dalam temubual eksklusif kepada Kafebuzz di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, filem lakonan utama, Syamsul bersama Nabila Huda ini juga mencatat sejarah sebagai filem Melayu paling tinggi kutipan dalam sejarah perfileman Singapura.

“Filem ini membelanjakan kos sebanyak RM400,000 untuk promosi tetapi promosi paling berkesan adalah apabila¬†penonton bercerita dari mulut ke mulut orang lain.

“Bagi Syamsul, dia menyatakan rasa bersyukur atas sambutan hebat filemnya kali ini dan cuma berharap pada mulanya agar filem ini mengatasi KL Gangster sudah cukup bagus,” katanya.

Syamsul yang kini berada di Makkah mengerjakan umrah bersama isteri akan pulang ke tanah air tidak lama lagi manakala filem Munafik masih lagi ditayangkan di pawagam.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*