Rendang Babi Damansara?

Dengar agak pelik tapi realitinya ia boleh berlaku di mana-mana saja.

Menerusi satu status di laman sosial Facebook yang menjadi viral, seorang pengguna meluahkan perasaan kesal selepas mengetahui ada penjual nasi lemak yang dijual warga Indonesia di Damansara, Petaling Jaya, Selangor turut menjual makanan tidak halal iaitu rendang daging babi.

Katanya, dalam satu kejadian seorang pembeli Cina memesan lauk tersebut yang membuatkan pelanggan Melayu lain tergamam dan bertanyakan lanjut.

Namun, jelas peniaga itu meskipun dia berpakaian seperti wanita Islam tidak bermakna dia seorang Islam.

Jadi, peringatan buat semua muslim agar terlebih dulu bertanya pada peniaga sebelum membeli juadah.

image

–¬†Kafebuzz.my

(Gambar hiasan)

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*