Telenovela Diberi Pengiktirafan

Bagaikan satu fenomena melanda industri drama tempatan apabila stesen TV dan produser berlumba-lumba menerbitkan telefilem, drama bersiri atau filem adaptasi novel.

Meskipun bukan semua novel mempunyai cerita yang bagus untuk diterjemahkan secara visual pada penonton termasuk penggunaan judul bercampur bahasa Malaysia dengan Inggeris, ada cerita berjaya mencatat rating tinggi penonton.

Justeru, satu usaha dijalankan Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) mengiktiraf hasil berkenaan menerusi acara Anugerah Telenovela.

Sebanyak 11 kategori dipertandingkan iaitu Novel Popular, Telenovela Popular, Novelis Terbaik, Penulis Skrip Terbaik, Penerbit Novel Terbaik, Penerbit Telenovela Terbaik, Pengarah Telenovela Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Popular, Lagu Tema Terbaik dan 5 anugerah Khas Juri.

Pencalonan anugerah ini adalah berdasarkan adaptasi yang diterbitkan selepas tahun 2010 sehingga 2015 dan telah ditayangkan di televisyen atau pawagam.

Acara anugerah ini akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 3 Jun nanti.

image image image image image image image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*