Masakan Selebriti Jadi Menu Hotel

Mereka bukan hanya berbakat menyanyi dan berlakon tetapi pandai masak.

Tiga selebriti popular, Shakilla Khoriri, Ramona Zam Zam dan Anding Indrawani mempamerkan bakat terpendam mereka dalam bidang masakan menerusi cabaran memasak selama 45 minit sempena pelancaran Festival Makanan Sunway Putra Hotel (SPH) Kuala Lumpur, hari ini.

Menariknya, pada acara yang dihoskan penyanyi Badri Ibrahim, mereka memasak menggunakan bahan yang diberikan secara misteri sebelum pertandingan bermula dan pemenang akan menyaksikan masakannya menjadi menu di hotel tersebut.

“Kebiasaannya apabila pelanggan melihat menu di restoran, ia menunjukkan makanan yang disyorkan chef tetapi idea ‘Cook of Challenge’ diperkenalkan kerana kami mahu rakyat Malaysia makan masakan yang disyorkan selebriti,” kata Chef Eksekutif SPH, Chef Rossham.

image

SPH menawarkan pelbagai menu istimewa pada pelanggan mereka sama ada di Coffee House, restoran Gen (makanan Jepun) dan Atrium Lounge (aneka kek).

Bufet untuk makan tengahari pada harga RM68 seorang di Coffee House manakala RM78 seorang untuk makan malam.

Makanan di restoran Gen pula pada harga RM20 sehingga RM40 dan RM55 untuk dua pengunjung Atrium Lounge.

image

image image

– Kafebuzz.my

(Foto: iPhone6)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*