Tayangan Lebih Fleksibel

Skim Wajib Tayang diperkenalkan sejak 1990 tidak dimansuhkan sebaliknya diberi penambahbaikkan.

Sebagai langkah membantu filem tempatan ditayangkan, ia lebih fleksibel daripada pawagam besar kepada pawagam kecil iaitu 15 peratus sambutan penonton dikira dalam tempoh 4 hari berbanding 3 hari.

Ketua Pengarah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Kamil Othman berkata, penambahbaikkan juga dibuat apabila setiap filem ditayangkan 5 kali sehari berbanding 4 kali sebelum ini.

“Penambahbaikkan ini dibincangkan antara pihak FINAS dengan Persatuan Penerbit Filem (PFM) dan Persatuan Pempamer Filem Malaysia (MAFE) yang dipersetujui pada 19 November tahun lalu,” katanya pada Sidang Media Maklumbalas Isu Skim Wajib Tayang Oleh FINAS, PFM dan MAFE di Content Malaysia Pitching Centre, Kuala Lumpur.

image

Pengerusi Jawatankuasa Skim Wajib Tayang, Zahrin Aris pula berkata, pawagam sehingga kini berlaku adil terhadap tayangan filem tempatan.

“Rasionalnya jika ‘content’ bagus, filem itu tidak ditarik. FINAS bertindak membela nasib produser,” katanya.

Timbalan Pengerusi FINAS, Datuk Yusof Haslam berkata, skim wajib tayang tidak menganggu sistem tayangan filem di pawagam.

“Sejak skim ini diperkenalkan, kita dapat respon yang baik dalam memperbaiki filem tempatan termasuk pawagam juga mahu filem tempatan terus ditayangkan.

“Tidak timbul skim ini dihapuskan dan ianya hanya khabar angin sehingga menimbulkan panik pada produser baru,” katanya.

Katanya, produser perlu lebih bertanggungjawab dalam menghasilkan filem dan tidak hanya bergantung pada tayangan tanpa melakukan aspek promosi.

“Ada filem yang ada kualiti tapi tiada promosi dan orang tahu.

“Sebenarnya, satu dunia buat sistem tayangan yang sama. Soal tayangan filem tidak sesuai dibangkitkan mereka yang tiada pengalaman yang mencari salah.

“Filem antarabangsa juga berdepan masa tayangan yang sama.

“Asalnya filem ditayangkan di 70 pawagam tapi apabila sambutan bagus pawagam sendiri meminta ia dilanjutkan kepada 100 pawagam.

“Suka tak suka, kita perlu bersaing dengan filem blockbuster Hollywood,” katanya.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*