2 Tahun Buat Kajian Sabah

Pelbagai khazanah dan kisah masyarakat setempat di Sabah yang pernah kita dengar dan tonton.

Namun, masih banyak juga kisah yang jarang dipertontonkan pada khalayak.

Atas faktor keistimewaan dan keunikkan budaya serta masyarakat di sana, pelakon popular Pekin Ibrahim mengambil inisiatif menerbitkan filem dokumentari cereka berkaitan Sabah.

Projek yang diberi judul ‘Madness Of Borneo’, memberi fokus pada tiga perkara iaitu aktiviti, makanan dan budaya.

“Selalu orang mendengar perkara misteri di Sabah seperti kisah sesebuah kaum dan budaya mereka.

“Apa saja aktiviti kaum itu buat, makanan tradisi dan budaya akan dipersembahkan dalam karya ini yang akan memulakan penggambaran pada 15 April depan,” katanya ketika ditemui Kafebuzz di Content Malaysia Pitching Centre, Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Menurutnya, projek ini akan diarahkan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin dan memberi kelebihan ia mendapat bantuan Perbadanan Kemajuan Filem Negara (FINAS) menerusi Geran Produksi Dokumentari Cereka sebanyak RM1.4 juta.

“Kajian mengenai projek ini dijalankan selama 2 tahun dan kos produksi dianggarkan melebihi RM2 juta,” katanya yang pertama kali bertindak sebagai produser.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*