Cipta Lagu Menang RM5,000

Anda berbakat dalam mencipta lagu? Mungkin ini peluang anda untuk mencungkil bakat sendiri menghasilkan lagu yang mampu meraih hadiah lumayan berupa wang tunai RM5,000.

Menerusi satu pertandingan mencipta lagu bertemakan aspek budi bahasa dianjurkan Yayasan Budi dengan kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), peluang terbuka kepada sesiapa saja dalam usaha mencungkil bakat komposer tempatan.

Yayasan Budi iaitu sebuah badan seni yang diasaskan Tan Sri Dr Rais Yatim menawarkan ganjaran RM5,000 untuk juara manakala tiga hadiah saguhati, RM1,000.

Pertandingan ini memberi fokus pada penciptaan lagu baru yang mempunyai intipati lirik mengenai budi pekerti dan melodi mengikut genre muzik yang bersesuaian.

Pertandingan terbuka kepada semua sehingga 30 Mac ini dan borang penyertaan boleh dimuat turun di laman sesawang http://www.karyawan.my.

image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*