20/01/2021

Ustaz Bertarung Jin Islam

2 min read

Ramai manusia bersikap munafik? Apakah ustaz yang mempunyai ilmu merawat mereka dirasuk syaitan juga munafik apabila tidak redha atas pemergian isteri dan anak tercinta?

Mencari jawapan siapa yang munafik, ia diterjemahkan menerusi filem terbaru arahan Syamsul Yusof yang kini hangat ditayangkan di pawagam.

Syamsul yang selesa membintangi filem sendiri sebagai teraju utama kali ini menonjolkan watak Ustaz Adam berdepan konflik jiwa akibat kehilangan insan tersayang.

image

Membawa kelainan daripada kisah Khurafat sebelum ini, Syamsul berjaya menjiwai karakternya sebagai ustaz merawat Maria lakonan Nabila Huda yang kerap diganggu meskipun sering bersolat.

Adegan Adam merawat Maria menggunakan ayat suci al-Quran ketika syaitan merasuk tubuh wanita itu cukup terkesan pada penonton.

Kelibat syaitan bertanduk mengaku sebagai jin Islam dalam diri Maria ketika di dalam biliknya sehingga Adam terpaksa bertarung memberikan tarikan pada filem ini.

Begitu juga, adegan Adam menggali kubur isterinya, Zulaikha sebelum mengheret mayat itu ke rumah untuk mengubati kerinduan anak mereka juga menggambarkan apa yang bermain di fikiran Adam.

image

Lakonan hebat Nabila ketika menonjol diri sebagai syaitan mampu membuatkan bulu roma penonton berdiri.

Tidak kurang, adegan Razib Salimin yang sebelum ini lebih dikenali sebagai pelakon aksi lagak ngeri kali ini menyerlah dalam aspek lakonan menerusi watak Osman yang menyimpan tangkal untuk bersahabat dengan syaitan.

“Apa orang Melayu kita ni tak habis guna sihir malukan bangsa dan agama,” kata sahabat Adam lakonan Fizz Fairuz.

Namun, apakah kematian Imam Ali ada kaitan dengan Maria?

Kehilangan Osman secara tiba-tiba juga membuatkan fikiran Adam bertambah kusut merungkai persoalan apatah lagi diberi amaran Fazli (Pekin Ibrahim) yang termakan bisikan syaitan mengatakan Adam sudah terlanjur dengan Maria.

Semua persoalan ini dirungkai Syamsul dan buat peminat filem seram, filem ini menjadi antara koleksi yang wajib ditonton.

image image

– Kafebuzz.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *