Golf Untuk Artis Veteran

Seringkali kita mendengar kisah artis veteran berdepan kesempitan hidup dari aspek kewangan meskipun mereka pernah popular dan mempunyai ramai peminat.

Sudah tentu, jadi artis bukan jaminan untuk hidup senang.

Justeru, peranan persatuan hiburan dalam membantu sumbangan kepada golongan sebegini sangat diperlukan.

Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) yang sekian lama berjuang membantu kebajikan artis veteran tidak putus asa mencari sumbangan untuk golongan tidak bernasib baik ini.

Kali ini, KARYAWAN menganjurkan Pertandingan Golf Amal Selebriti N9.

Acara ini yang mendapat persetujuan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai penaung bermatlamat mengutip derma membantu artis veteran yang kurang sihat dan memerlukan bantuan.

Acara ini akan diadakan di Staffield Golf and Country Resort, Nilai. Negeri Sembilan pada 27 Mac ini, jam 12.30 tengah hari diikuti jamuan makan malam.

Antara selebriti yang mengambil bahagian adalah Datuk Hans Isaac, Datuk Hattan, Datuk Yasmin Yusoff, Datin Wendy Wong, Datin Fauziah Haron, Nancie Foo, Harith Iskandar, Rahim Jailani, Nasir Bilal Khan, Ijoy  dan Man Bai serta legenda bola sepak negara, Khalid Ali.

Orang ramai dan peminat dijemput menyertai acara ini dengan bayaran RM300 seorang manakala penaja diberikan 4 tempat untuk setiap RM5,000 yang didermakan.

Selebriti pula hanya perlu membayar RM200 seorang.

Mereka yang berminat boleh menghubungi penganjur menerusi emel di persatuan.karyawan@gmail.com atau telefon 014-7176276 (Ahmad) atau 03-20925517 (pejabat KARYAWAN).

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*