Shila Duta Di China

Penyanyi tempatan popular di peringkat antarabangsa, Shila Amzah kini menjadi duta Tourism Malaysia ke China.

Pelantikkan Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Amzah sebagai duta diadakan dalam satu majlis di Beijing.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pelantikan Shila itu memberi kelebihan pada sektor pelancongan negara apatah lagi dia popular dalam industri muzik China.

“Menerusi lagu dan persembahannya, dia berjaya menambat hati masyarakat Cina,” katanya seperti dilaporkan The Star.

Shila meraih populariti di sana selepas menang pertandingan realiti Cina, Asian Wave.

Dia yang belajar di kelas bahasa Mandarin turut melancarkan single dalam bahasa itu.

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*