Last Updated: 27/05/2020 - 1:51 AM

Papa Rock Buat Kajian Majalah Antarabangsa

Bagi peminat, ia nampak mudah menyaksikan penyanyi membuat persembahan.

Sebaliknya, penyanyi yang serius dan mempunyai matlamat mahu berjaya dalam karier nyanyian sanggup membuat rujukan mengenai penyanyi lain untuk membina imej sendiri.

Penghibur tersohor, Datuk Ramli Sarip atau Papa Rock mengakui, beliau paling takut apabila anggota bandnya, Sweet Charity berpecah suatu ketika dulu sehingga memikirkan masa depannya sendiri.

“Saya tidak banyak kemahiran selain menyanyi tetapi saya buat kajian seperti membeli majalah antarabangsa.

“Saya banyak membaca dan tengok cara mereka (penyanyi antarabangsa) pegang mikrofon.

“Kemudian apabila saya mendengar live record, wujud perasaan menyanyi live macamana,” katanya pada acara Wacana Ramli Sarip & M Nasir University Tour 2016 di MITC, Melaka, hari ini.

Katanya, paling penting buat penyanyi adalah tarik perhatian peminat di awal persembahan.

“Kita akan pastikan pakcik dan makcik suka dengan muzik kita dulu. Jika mereka suka, ia akan turun kepada anak dan cucu mereka,” katanya yang pernah menyanyi pelbagai genre ketika zaman 60-an termasuk keroncong.

Menjawab satu soalan peminat pada acara itu apabila sering diminta menyanyikan lagu hits berulang kali dalam pelbagai persembahan, beliau menyatakan penyanyi perlu menghormati tema sesebuah persembahan.

“Pengalaman saya belajar bermain di kelab malam, apakah kita terima cepat atau lambat respons daripada peminat yang datang.

“Bagi persembahan pendek kena ‘hit and run’ dan penyanyi perlu menghormati peminat yang mahu lagu hits itu untuk dinyanyikan,” katanya.

Tambah penyanyi popular lagu Kamelia dan Teratai ini, peminat yang berdiam diri selepas penyanyi itu menyanyikan 2 atau 3 lagu boleh menimbulkan resah.

“Apabila kita main lagu yang jarang keluar, orang akan bertanya lagu apa itu.

“Pengalaman bermain di kelab malam, orang datang nak terus berhibur.

“Jadi, kita bagi dan selepas itu apabila mereka suka, kita bagi apa saja lagu mereka boleh terima.

“Itu tidak boleh belajar tetapi kena melaluinya menerusi pengalaman sendiri,” katanya.

image

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino