PENULIS Perjuang Nasib Penulis Skrip

Tahukah anda, 90 peratus produser TV di negara ini tidak membayar pada penulis skrip untuk kerja menyiapkan kertas cadangan projek baru atau proposal.

Senario yang lazim berlaku, produser meminta proposal baru daripada penulis skrip yang kemudian menghantarnya tanpa sebarang bayaran.

Lebih menyedihkan, sejak sekian lama penulis skrip sendiri tidak berani meminta bayaran proposal yang dibuat.

Perkara itu didedahkan AJK Biro Aduan Persatuan Penulis Lakon Layar Kuala Lumpur & Selangor (PENULIS), Alfie Palermo kepada Kafebuzz yang mahu membela nasib penulis skrip pada masa kini tidak lagi ditindas produser.

Katanya, dia cuba mengubah persepsi berkenaan dengan memperkenalkan syarat bayaran standard antara penulis skrip dengan produser.

“PENULIS cuba wujudkan situasi menang-menang┬ábaik dari segi proposal iaitu bayaran lebih baik dan servis caj untuk┬ápitching serta penyediaan tidak kira diterima stesen televisyen atau tidak.

“Semua penulis skrip juga harus ada standard contract menggariskan terma dan syarat bayaran, berapa nilai bayaran, apa kerja yang dibuat dan sebagainya.

“Masalah dari dulu sampai sekarang, ramai penulis kerja tak pakai kontrak,” katanya secara eksklusif kepada Kafebuzz.

Sebagai jalan penyelesaian terbaik, penulis skrip diminta mendaftar idea mereka kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sebelum menjual kepada produser.

Mengikut undang-undang Harta Intelek, idea itu menjadi milik penulis skrip apabila ia didaftarkan.

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*