Last Updated: 03/08/2019 - 11:47 PM

Hero Transformers Dalam Lif 24 Jam

Mungkin tidak ramai peminat filem aksi, Transformers tahu aktor popular Shia LaBeouf gemar melakukan sesuatu aktiviti seni yang dianggap kerja gila untuk menyampaikan sesuatu mesej.

Dalam projek terbarunya, #ELEVATE menampilkannya bersama beberapa orang artis seni sama terbabit dalam projek ketika dia memakai beg kertas bertulis ‘I am not famous anymore’ di kepala pada tayangan perdana filemnya, Nymphomaniac di Berlin pada tahun 2014.

Selepas itu, dia muncul pula dengan projek #IAMSORRY apabila duduk berdiam diri memakai beg kertas di dalam galeri seni L.A.

image

Projek terbaru, artis Nastja Säde Rönkkö dan Luke Turner membantu aktor itu berada dalam lif di Universiti Oxford, England selama 24 jam!

Dalam video dimuat naik di YouTube baru-baru ini menunjukkan aktor itu bersalam dan mengambil selfie bersama peminat ketika pintu lif buka dan tutup.

Laporan Yahoo menyebut Aktor itu merancang tinggal dalam lif lebih lama sebelum menyampaikan ucapan pada acara Kesatuan Oxford yang menjemputnya ke situ.

Sejak dua tahun lalu, aktor ini aktif dengan persembahan seni termasuk ‘Can you touch my soul?’ iaitu berlari mengelilingi Muzium Stedelijk, Amsterdam sebanyak 144 kali menerusi aksi #METAMARATHON

image

– Kafebuzz.my

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino