Keena Bela Maruah Jinna

Lebih banyak menimba pengalaman lakon di kaca TV menerusi telefilem dan drama bersiri, Keena lebih dikenali sebagai pelakon berbanding nyanyian.

Buat peminat Keena, selebriti rambut kerinting ini kembali dengan buah tangan terbaru iaitu filem It’s The Moment Yang Arif arahan S.T Bala.

Jika dibandingkan telefilem, dalam filem terbitan Fenomena Seni Produksi ini, Keena diberi kepercayaan membawakan watak utama sebagai Jinna.

Menurutnya, pengalaman berlakon filem ini memerlukan emosi yang kuat kerana dia menggalas cabaran menghayati karakter seorang gadis berkelulusan tinggi yang membela maruah dirinya yang teraniaya.

“Watak Jinna memerlukan Keena berdialog dalam bahasa Inggeris dan Melayu.

“Cabaran apabila membawakan watak utama bersama hero, Ross Hassan dari Singapura.

“Filem ini menggabungkan pelakon dari Singapura dan Malaysia dengan pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India,” katanya kepada Kafebuzz.

image image image image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*