Naik Pelamin Bersama Bianco Mimosa

Meraikan hari bahagia dengan persalinan cantik dan bergaya pastinya diimpikan setiap pasangan.

Bagi pasangan yang bakal naik pelamin, boleh memilih busana pengantin Bianco Mimosa yang memperkenalkan tema fantasi.

Koleksi Bridal Couture ini adalah cetusan idea pemilik dan pereka fesyen senior butik ini, Datuk Ida Suraya Mustapha.

Ia mempunyai 25 rekaan busana iaitu 4 busana pengantin lelaki manakala 21 busana wanita yang diterjemahkan dengan tata gaya adibusana ‘couture’ dan ‘demi couture’.

Sempena penganjuran malam pertunjukan fesyen Bianco Mimosa Bridal Couture 2016, satu peraduan diadakan menawarkan busana bernilai RM5,000 selain hadiah iPhone 6, Samsung Note 5 dan baucer RM200.

Cara untuk menang, mereka perlu mengikuti Mybiancomimosa di Instagram dan caranya disediakan di situ.

image image image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*