Budak Boleh Jerit Dalam Pawagam!

Bagi mereka yang mempunyai anak kecil seperti bayi agak sukar untuk menonton wayang di pawagam.

Namun, ia bukan halangan lagi apabila pawagam TGV tampil memperkenalkanĀ TGV Cinemas Family Friendly Sessions yang membenarkan ibu bapa menonton wayang bersama anak mereka termasuk bayi.

Pawagam menerusi sesi khas bersama keluarga ini turut menyediakan kemudahan tempat menukar lampin dan tong sampah.

Ibu bapa tidak perlu bimbangĀ tingkah laku anak-anak mereka tidak terkawal dan menangis sehingga menganggu penonton lain kerana ia memang pawagam yang dikhususkan untuk mereka.

Bagi mereka yang mahu menonton di pawagam sesi khas ini boleh layari http://bit.ly/TGVFamilyFriendly untuk mendapatkan maklumat lanjut dan sesi tayangan yang sesuai.

image image image image

– Kafebuzz.my

Foto: TGV Cinemas

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*