Last Updated: 09/06/2018 - 6:07 PM

Peminat Boleh Tanya Apa Jua Soalan

Sebagai peminat setia yang sekian lama mengikuti perkembangan artis kegemaran pasti mempunyai keinginan untuk bertemu lebih dekat dan bergambar.

Tambah menarik, jika diberi kesempatan bertanyakan soalan secara langsung pada artis itu untuk mendapat sesuatu kepastian yang selama ini bermain di fikiran.

Maka, ini peluang terbaik buat peminat Datuk Ramli Sarip dan Datuk M Nasir untuk bertanya soalan buat dua penghibur legenda ini.

Mereka berdua akan memulakan persembahan jelajah yang lebih dikenali, Ramli Sarip & M Nasir University Tour 2016 bermula 27 Februari ini di MITC, Ayer Keroh, Melaka.

M Nasir ketika ditemui media di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini berkata, peminat bebas melontarkan apa jua soalan ketika sesi wacana yang diadakan pada sebelah pagi sebelum konsert pada malamnya.

“Di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain, acara seperti ini dibuat selalu.

“Jika kita dapat wujudkan acara seperti ini, universiti mereka juga perlu terbuka dan mesti tahu apa yang berlaku di luar serta jika ia dapat dibangunkan di sini, itu menjadi harapan kami,” katanya.

Tambahnya, persembahan kali ini diharapkan juga memberi inspirasi pada golongan muda yang tidak melalui apa yang mereka lalui sebelum ini.

“Kami mahu tonjolkan suatu persembahan yang berbeza dan ia adalah pengalaman menarik untuk dikongsi bersama,” katanya.

image

Bagi Ramli yang popular digelar Papa Rock, acara ini bukan sekadar hiburan tetapi berkongsi pengalaman dan ilmu mereka untuk semua peminat.

“Pada awal 70-an, universiti ada panggil artis untuk acara sebegini tetapi tidak secara besar-besaran.

“Kami sendiri pun tak terfikir pergi sejauh ini.
Sedikit sebanyak kami berkongsi sejarah bersama peminat,” katanya.

Katanya, wacana menjadi suatu yang lebih dekat dengan peminat untuk sesi soal jawab.

“Bahan dan ‘peluru’ sudah cukup untuk menembak.

“Begitu juga, pengiktirafan di universiti lebih tinggi seperti mana artis antarabangsa, Chicago ketika mencipta populariti mereka bermula di universiti,” katanya.

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino