Pengarah, Penulis Skrip Tampil Buat Laporan Polis

Susulan kenyataan Murali Abdullah mendakwa ada ‘samseng’ dalam acara Apa Lagi Industri Mahu? yang diadakan baru-baru ini, pengarah drama terkenal itu bersama dua penulis skrip tampil membuat laporan polis, kelmarin.

Salah seorang penulis skrip itu, Alfie Palermo menyatakan mereka membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor, mengenai ugutan yang berlaku pada acara itu.

“Saya merasakan keselamatan saya terancam apabila diugut begitu rupa. Tujuan dialog hanya sesi meluahkan ketidakpuasan ahli sahaja.

“Tak sepatutnya mempunyai ‘bouncer’ untuk mengugut. Cara percakapan saya yang mungkin membuat mereka terancam kerana luahan perasaan marah saya berkenaan isu industri.

“Namun, tiada pula saya mengancam keselamatan penganjur majlis mahupun sesiapa disitu. Saya sudah pun habis bercakap dan ingin duduk tapi kenapa perlu datang dan ugut saya?

“Nasib baik Madnoor datang bantu saya leraikan ugutan itu,” katanya dalam mesej kepada Kafebuzz.

image

Alfie yang juga Biro Aduan PENULIS menyatakan kejadian seumpama itu pertama kali berlaku dalam industri perfileman membabitkan persatuan.

“Ini bermakna GAFIM sudah tidak dipercayai oleh industri dan menjatuhkan maruah ahli-ahli persatuan semasa berdialog.

“Setelah ditegur tentang ini oleh salah seorang ahli pada malam itu, pihak penganjur tidak menjelaskan dengan baik tentang kehadiran bouncer upahan tersebut.

“Malah memarahi kembali kenapa tidak bercakap tanpa marah. Takkan ahli luah perasaan marah pun perlu ada ugutan?

“Belum lagi marah sehingga nak mengancam keselamatan sesiapa,” katanya.

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*