20/01/2021

Letupan Jackie Chan Cetus Panik

1 min read

Sebuah bas meletup di Kota London mencetuskan panik pada orang ramai yang menyangka ia adalah berpunca daripada serangan pengganas.

Namun, ia sebenarnya salah satu adegan filem terbaru Datuk Jackie Chan berjudul, The Foreigner yang menjalani penggambaran di situ.

Laporan HKTopTen menyatakan orang ramai bertindak menghubungi polis selepas melihat kejadian itu yang berlaku di atas jambatan Lambeth di tengah kota London.

image

Sejurus letupan itu, polis menerima dua laporan polis mengenai serangan pengganas tetapi ia bukan seperti disangka.

Produser filem itu yang juga bekas hero perisik terkenal James Bond, Pierce Brosnan berkata, pihak produksi sudah memaklumkan penduduk sekitar dengan meletakkan notis sebelum penggambaran bermula.

Mereka juga meletakkan papan tanda amaran tetapi kecewa apabila wujud aduan kepada pihak berkuasa.

Laporan itu juga menyebut pihak berkuasa London sudah menutup laluan ke jambatan tersebut sebelum penggambaran dan bomba bersedia di lokasi itu.

“Apabila ada orang ramai salah faham dan menyangka ia adalah serangan pengganas, saya pun jadi terkejut,” kata Jackie.

image image

– Kafebuzz.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *