Empat Lagu RM1.38 juta

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mencipta sejarah tersendiri apabila empat lagu dendangan beliau ketika Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina 2016 anjuran Gabungan Persatuan Cina (UCA) Sibu di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi, berjaya mencatatkan kutipan RM1.38 juta yang akan digunakan bagi tujuan amal.

Dalam majlis itu, Adenan mendendangkan lagu kegemaran beliau Can’t Help Falling In Love nyanyian Elvis Presley, selain turut menyanyikan dua lagu popular Cliff Richard, Young Ones dan Travelling Light sebelum mengakhiri persembahannya dengan lagu popular Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, Putus Sudah Kasih Sayang.

Sempena persembahan istimewa dari Ketua Menteri Sarawak itu, syarikat korporat dan orang perseorangan, termasuk tetamu jemputan menyumbangkan dana terkumpul terbabit untuk disumbangkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) serta pertubuhan amal terpilih di seluruh negeri ini.

– Harian Metro

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*