MPB Penyiar Rasmi Liga M

Media Prima Berhad (MPB) dilantik Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) sebagai penyiar rasmi saingan Liga Malaysia (Liga M) selama tiga tahun, bermula musim ini.

MPB akan memberi liputan menerusi dua perlawanan secara langsung, jam 9 malam pada 13 Februari ini.

Ia membabitkan perlawanan secara langsung Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim dengan Selangor di TV3 manakala perlawanan pembukaan Liga Super membabitkan pasukan Perak menentang Kelantan di TV9.

“Perjanjian ini termasuk liputan siaran langsung atau tertunda bagi perlawanan Liga Super (dua perlawanan setiap pusingan) dan Piala FA Superbest Power (satu perlawanan setiap pusingan) mulai Februari hingga Mei 2016.

“MPB akan menyiarkan satu perlawanan setiap pusingan Piala Malaysia TM mulai sepak mula pada Julai 2016,” katanya dalam satu kenyataan.

Hak penyiaran stesen televisyen percuma antara FMLLP dan MPB adalah hasil rundingan MP & Silva, penasihat global Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk hak media dan komersial.

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*