Pendengar Tegur Sinar FM
1 min read
Kes membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun yang terputus jari kaki kiri akibat tersepit eskalator di KL Sentral semalam menarik perhatian ramai terhadap punca berlakunya kemalangan itu.
Menerusi maklumat dan gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat di Facebook, orang ramai juga berkongsi pandangan terhadap kejadian berkenaan dan panduan keselamatan sebagai pengguna eskalator.
Seorang pendengar mendakwa stesen radio Sinar FM memberikan maklumat yang salah kepada pengguna eskalator. Dia juga berkongsi beberapa panduan mengenai faktor keselamatan ketika menggunakan eskalator.
– Kafebuzz.my