Papa Rock & Sifu Singgah Alor Gajah

Bagi peminat dua penyangi legenda, Datuk Ramli Sarip dan Datuk M Nasir, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan acara jelajah, Ramli Sarip & M Nasir University Tour 2016 yang akan bermula pada penghujung bulan ini.

Acara selama 3 bulan ini akan mengambil 7 lokasi di institusi pengajian tinggi seluruh negara yang terpilih sebagai penganjur lokasi.

Lokasi pertama iaitu di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), kampus Alor Gajah, Melaka pada 27 Februari ini.

Menerusi maklumat di akaun rasmi acara ini di Facebook, tiket berharga RM70 sudah mula dijual.

Acara diskusi secara terbuka atau wacana bersama Ramli atau Papa Rock dan M Nasir (Sifu) diadakan di kampus tersebut manakala konsert pula mengambil lokasi di MITC Melaka.

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*