Bersama Sumbangan Busking 4 Putra

Acara busking secara jelajah akan diadakan di beberapa lokasi untuk mengutip dana bagi menampung kos rawatan pembedahan Putra Azrullah berusia 6 bulan yang juga anak kepada pemuzik Azman (bekas anggota Flop Poppy).

Dalam kenyataan media Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) hari ini, bayi tersebut memerlukan rawatan susulan akibat mengalami masalah komplikasi usus besar tidak bersambung.

Pembedahan dijadualkan pada 3 Mac ini yang memerlukan kos sebanyak RM30,000.

“Sebelum ini beberapa siri program amal telah dilakukan tetapi kutipannya masih tidak mencukupi.

“Anak malang ini memerlukan penjagaan rapi sepanjang masa sehingga menyebabkan komitmen kerja kedua ibu bapa mereka yang merupakan buskers sepenuh masa sedikit sebanyak agak terjejas,” katanya.

Justeru, KARYAWAN mengambil inisiatif menganjurkan acara Busking 4 Putra untuk membantu saudara Azman@Man Kanan mengatasi masalah kewangan yang dihadapinya.

image

Lokasi pertama akan diadakan di Dataran Dewan Bandaraya Ipoh (DBI) pada 13 Februari ini diikuti Kuala Kangsar, Perak (14 Februari), Padang Kota, Pulau Pinang dari jam 3 sehingga 6 petang manakala Uptown Perda (8.30-12.00 tengah malam)(20 Februari), Teluk Cempedak, Kuantan (27 & 28 Februari) serta Sogo, Kuala Lumpur (1 Mac).

Penganjuran acara santai ini membabitkan kerjasama badan-badan dan buskers setempat untuk memberi sokongan.

Azman bersama kumpulannya akan mengadakan persembahan disusuli sesi Jam Amal bersama rakan-rakan busking dan artis antaranya Imuda, Aru R.O.B., Andy Flop Poppy, Mie Raja Lawak, Lola XPDC & Sharinband, Radhi Khalid, Rozita Rohaizad, Mat Noor Rusty Blade & Nifael.

KARYAWAN juga mengalukan penyertaan mana-mana artis lain yang turut berminat menyumbang tenaga memeriahkan acara ini di mana-mana lokasi.

Sumbangan juga boleh dihulurkan menerusi nombor akaun 7612555277 – CIMB (Azi Fitrah Ahmad).

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*