Apa Hak Produser Bayar VPF?

Isu bayaran cetakan filem digital (VPF) antara RM1,500 sehingga RM2,000 masih membelenggu dan menimbulkan keresahan dalam kalangan produser filem untuk menyasarkan filem yang dihasilkan meraih sambutan penonton.

Apa yang selama ini berlaku, produser berdepan masalah tayangan yang ditentukan pihak pawagam atau pemamer.

“Apakah hak produser apabila membayar RM1,500. Sebenarnya, produser tak kisah walaupun membayar sehingga RM2,000 tetapi apa dilakukan mereka (pemamer) tidak adil.

“Mereka tidak beritahu masa tayangan dan sepatutnya filem tempatan mendapat tayangan waktu perdana iaitu 4 dan 6 petang serta 8 dan 10 malam,” kata pengarah filem terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dalam pertemuan bersama Kafebuzz di Kota Damansara, Selangor, hari ini.

Tambah Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Filem Ahmad Idham (AiFA) ini, sambutan filem tempatan yang amat bergantung pada masa tayangan perdana lebih parah apabila bersaing dengan filem Hollywood.

“Sinema boleh memperkenalkan sistem online untuk produser berurusan lebih mudah dan sepatutnya wujud perjanjian antara pemamer dengan produser membabitkan isu masa tayangan,” katanya.

– Kafebuzz

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*