Peluang Rembat RM10,000

Kejayaan filem Ola Bola terbitan Astro Shaw yang mencatat kutipan RM2.5 juta dalam tempoh 4 hari tayangan memberi indikasi filem tempatan masih mempunyai ramai peminat di pawagam.

Filem yang diinspirasi kisah benar sejarah pasukan Kebangsaan ketika bersaing ke peringkat Sukan Olimpik di Moscow pada tahun 1980 memberi tarikan pada penonton menyaksikan filem ini.

Memberi tarikan pada penonton dan peminat bola sepak tanah air, satu pertandingan mencipta logo pasukan Harimau Malaya diadakan yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.

Menerusi iklan di Facebook, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, pertandingan berkenaan akan diadakan bermula esok sehingga penghujung bulan ini.

Nantikan maklumat lanjut mengenainya esok.

image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*