Gempar! Aksi Gadis Terapung Depan Berjaya Times Square

Seorang lelaki berpakaian kot serba hitam mengajak seorang gadis naik ke pentas.

Dia kemudian memetik jari di depan muka gadis itu yang kemudian tidak sedarkan diri sebelum diletakkan di atas sebuah meja.

Menggunakan teknik magis yang dipelajarinya lelaki itu mengapungkan gadis itu yang ketika itu mengerakkan kaki dan tangannya.

Aksi magis itu membuat penonton di hadapan pintu masuk hadapan Berjaya Times Square, Kuala Lumpur kagum dan memberikan tepukan gemuruh.

image image image image

Seketika itu, seorang gadis lain pula bergayut hanya menggunakan sebelah tangan sambil memegang belon di atas bas Hop On Hop Off yang turut melalui pusat membeli belah tadi.

image image

image

Dua aksi itu antara persembahan magis menarik menanti penonton yang dibawakan Dissendium Sdn Bhd menerusi Dissendium Theater.

Lokasi persembahan ini di Jalan Parameswara, Melaka bersebelahan restoran Nyonya Cuisine dibangunkan dengan kos pelaburan sebanyak RM5 juta untuk memberikan persembahan magis pada penonton.

Bagi mereka yang berada di Melaka mahupun berhasrat bercuti ke sana, jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan ini.

Maklumat lanjut boleh hubungi talian 06-5125055 atau 06-5125088 dan tempahan menerusi 017-2602088.

image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*