Bront Palarae Paling Menyerlah

Persepsi main bola tiada masa depan, semangat dan kesungguhan bermain bola sepak untuk negara serta impian memiliki jersi nombor 10 antara mesej penting yang disampaikan pada penonton menerusi filem terbaru, Ola Bola.

Mengambil latar belakang kisah pasukan Malaysia pada zaman 1980-an berdepan pelbagai rintangan untuk layak ke sukan Olimpik Moscow ketika itu, paling menarik filem terbitan Astro Shaw ini membawa nostalgia penonton merasai suasana kehebatan pasukan Kebangsaan.

Di sebalik watak 1Malaysia menghidupkan plot penceritaan, lakonan aktor berpengalaman, Bront Palarae sebagai pengulas sukan dalam filem ini menjadikan wataknya paling menyerlah dan menghiburkan.

image

Tambah mengujakan ketika pelakon yang juga bekas pengulas sukan tersohor, Datuk Rahim Razali muncul dalam filem ini.

Filem ini yang dibuka tayangan hari ini mencatat kejayaan awal apabila berjaya menyertai Taipei Golden Horse Fantastic Film Festival 2016.

Ini pencapaian awal filem tempatan ke peringkat antarabangsa.

Bagi peminat bola sepak tanah air, jangan lepaskan peluang menonton filem ini di pawagam. Sokonglah filem tempatan!

image image image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*